Pages

Sunday, April 4, 2010

Dont judge a book by its cover

Selamat pagi, salam 1Malaysia

Pagi ini tidak ada apa yg hendak dikupas. cuma mahu copy paste sahaja artikel dari blog kawan rapat, Mohamad Syazwan, Wan Karai. Artikel nya begitu menarik perhatian saya sama skali kerana apa yang diperkatakan memang memang selari dengan apa yang saya selalu fikirkan.

Bagi saya, perkara yang jelas wajib atau haram, jangan lah dipertikai kan hukum nya, apatah lagi dengan mengeluar kan hujah2 yang tidak berasas hanya untuk mempertahankan diri sendiri untuk merasakan diri itu selamat "didunia". INGAT selamat didunia tidak bererti selamat diakhirat. Jangan dibazirkan waktu dan tenaga untuk melakukan perkara tidak berasas. Jangan jadi bodoh dan bongkak, maka perkara yang sebaik nya perlulah ada di hati setiap insan untuk berubah dan insaf dari melakukan dosa. Perkara yang dinasihati itu hendaklah di terima dengan tenang walau pahit untuk ditelan kerana EGO masing2.

Saya pelik apabila seseorang itu sungguh marah apabila dinasihati. Perkara yang dilakukan jelas salah (even if we think we're doing it right doent make it less evil). Dikeluarnya segala macam alasan dan tohmahan kepada pendakwah. Ingatlah setiap muslim telah dipertanggung jawab kan untuk berdakwah. Walaupun mungkin cara nya salah, cuba kita renungkan dan tanya diri kita balik " Have we done our responsibility as a muslim to PREACH?" setidak nya mereka yang pilih untuk berada dijalan Allah lebih mulia dari kita yang tidak melakukan apa2 ini.


"Jangan lihat orang yang berdakwah itu semata2, tapi lihat lah isi kandungan dakwah tersebut. kerana manusia acap kali melakukan kesilapan."



DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

p/s: penulis cuba sedaya upaya untuk mengarang dalam bm. maaf jika tatabahasa cacat
p/s/s: rangkap terakhir penulis ditujukan kepada insan yang sentiasa tidak berpuas hati kepada insan2 pendakwah yang melakukan tugas mereka. Always look on the positive aspect in everything. "husnuzon" bak kate pepatah

8 comments:

hazel darwisya said...

mantap r ni..hehe

p/s:mari kita berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari...

aqamz said...

minx kebenaran utk ambil entry ini boleh. sy akn link kan kepada blog anda jua. boleh?

ammo said...

aqamz..by all means =)

kanip mito san said...

woi. ammo...........

Unknown said...

Tq ammo..;)..really appreciates it..;)

ammo said...

kanip: woooi nip2!hoho

Alien: oooi..hoho kebetulan dowh. aku post mende nih awal pg. den tetibe je tgh ari td aku ternmpk die wat status gtu. haha coincident gle.

nuramal said...

hu2..very nice post...ske bace...n sgt2 stuju...

ammo said...

thanks amalina =)